FACULTY OF BIOENGINEERING AND TECHNOLOGY
Universiti Malaysia Kelantan

Bachelor of Energy Technology with Honours


Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tenaga dengan Kepujian (Bachelor of Energy Technology with Honours) (SJT) merupakan program berkaitan bidang teknologi tenaga pertama yang ditawarkan secara mod kerja kursus dan mod industri. Penawaran secara mod industri mampu mendedahkan pelajar keadaan sebenar di alam pekerjaan/industri berasaskan tenaga seterusnya dapat membantu untuk merealisasikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) 2023, Dasar Tenaga Negara 2022-2024 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (PIPB 2030). Pelajar diperkenalkan dengan mendalam pengetahuan berkaitan pengurusan tenaga, tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi penukaran tenaga berteraskan teknopreneur untuk penjanaan ekonomi negara, selaras dengan bidang tujahan Sustainable Development Goal (SDG). Antara bidang tujahan SDG yang berkait rapat adalah Affordable and Clean Energy (No. 7), Responsible Consumption and Production (No. 12) dan Climate Action (No. 13). Projek Capstone ditawarkan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan projek berasaskan permasalahan industri dalam bidang tenaga. Penerapan makmal bersama teori diperkenalkan untuk memperkasakan pelajar selari dengan kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan menghasilkan graduan teknologis tenaga yang berkemahiran teknikal. Pelajar juga didedahkan kepada ilmu pengaturcaraan komputer, sistem pemodelan dan simulasi berkaitan tenaga yang menglibatkan IoT seiring dengan Revolusi Industri 4.0 serta Revolusi Industri 5.0 pada masa hadapan.

 


Related Courses

Career Opportunities
  • Penganalisis Sistem Tenaga
  • Perancang Tenaga
  • Teknologis Tenaga
  • Teknologis Utilitis
  • Grid-connected Solar PV Systems Design Qualified Persons (QPS)
  • Pengurus tenaga bertauliah (certified energy manager)
  • Pemaju perisian pengurusan tenaga
  • Pembuat dasar tenaga
  • Eksekutif kelestarian
Study Fees
Study Fees Local Students
Study Fees International Students
Curriculum Structure
Curriculum Structure

Entry Requirements
Local Students
International Students
Duration
4 years